Honda Wave Alpha serba baharu mendominasi kota

0
1092

2015 Honda Wave Alpha (3)

Boon Siew Honda Sdn Bhd baru-baru ini secara rasminya melancarkan Honda Wave Alpha serba baharu untuk pasaran Malaysia. Motosikal kapcai dalam segmen 110cc ini tampil dengan reka bentuk moden dan segar, pada harga jualan yang cukup menarik dan kompetetif.

Honda Wave Alpha serba baharu dikuasakan enjin empat lejang yang dipadankan transmisi automatik empat kelajuan. Dua varian ditawarkan iaitu model permulaan dengan roda jejari (spoke wheel), manakala model kedua tampil lebih sporty dengan roda tuangan (cast wheel) dan brek cakera hadapan.

Honda Wave Alpha serba baharu boleh didapati dalam pilihan tiga warna menarik seperti hitam (Pearl Magellanic Black), merah (Vivacity Red) dan putih (Pearl Metalloid). Berkenaan harga, Honda Wave serba baharu boleh dimiliki pada harga jualan asas termasuk GST sebanyak RM4,132.94 dan RM4,556.94.

Antara ciri unik yang ditawarkan melalui Honda Wave Alpha serba baharu ini ialah rekaan lampu signal di bahagian hadapannya yang sama sekali berlainan berbanding model-model Honda sebelumnya, namun lebih praktikal dan memenuhi ciri-ciri keselamatan terbaharu yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Menurut wakil penjual Honda yang sempat ditemubual, lampu signal tersebut bagaimanapun masih boleh diubahsuai agar ianya bersepadu dengan bahagian hadapan kepala motosikal. Bagaimanapun, saya berpendapat rekaan sedia ada lampu signal tersebut adalah lebih baik dikekalkan.

Untuk maklumat selanjutnya mengenai Honda Wave Alpha serba baharu, anda boleh saksikan imej-imej brochure yang saya siarkan dalam galeri di bawah, bersama-sama beberapa keping gambar yang sempat saya rakamkan. Apa pendapat anda mengenai Honda Wave Alpha serba baharu ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here