Imej pertama Honda CB500X model tahun 2016

1
181

2016 Honda CB500X

Seperti mana kita semua sedia maklum, motosikal Honda dalam kelas 500cc adalah terdiri daripada trio CBR500R, CB500X dan CB500F. Untuk model tahun 2016, Honda CBR500R ternyata tampil dengan gaya, rekaan dan peningkatan terbaharu yang mendapat pujian ramai di seluruh dunia.

Selepas CBR500R 2016, kali ini giliran model CB500X model tahun 2016 pula diperkenalkan kepada umum melalui sekeping gambar pertama yang diterbitkan oleh Honda pada 28 Oktober 2015 yang lalu. Apa yang boleh dikatakan, peningkatan yang dialami oleh CB500X 2016 juga sangat menarik dan impresif.

Honda CB500X 2016 merupakan sebuah model dalam segmen kembara (sport adventure) untuk perjalanan jauh, pilihan yang cukup sesuai selain daripada apa yang ditawarkan oleh CBR500R. Setelah melihat gambar di atas, apa pendapat anda mengenai penampilan terbaharu Honda CB500X 2016 ini?

1 COMMENT

  1. 5 août 20&o1Crsqu2;est clair que ce vernis est à la limite de la perfection. Pshiiit nous a bien gâté avec, elle mérite bien qu’on le mette à l’honneur et merci pour ton commentaire !

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here