Daihatsu Sirion 2015 di pasaran Indonesia

0
141

Daihatsu Sirion 2015

Jika anda belum tahu, model kompak Daihatsu Sirion 2015 di pasaran negara jiran Indonesia sebenarnya adalah kembar kepada model Perodua Myvi 2015 di pasaran tempatan ketika ini. Daihatsu Sirion 2015 dikeluarkan dari kilang Perodua di Malaysia sebelum dieksport ke pasaran Indonesia.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh PT Astra Daihatsu Motor (ADM) selaku Agen Pemegang Merk (APM) Daihatsu di Indonesia, Daihatsu Sirion 2015 terbaharu telah dilancarkan dengan rasminya pada 14 Februari 2015 yang lepas. Model berkenaan hadir dengan penampilan yang lebih segar, bergaya dan sporty, disertai dengan ciri-ciri yang lebih lengkap dan menyenangkan.

Seperti mana yang dapat dilihat pada model Perodua Myvi 2015 di pasaran Malaysia, Daihatsu Sirion 2015 juga mengalami perubahan yang cukup signifikan di bahagian luaran dan dalamannya, bersesuaian dengan tagline “Stylish & Fun to Drive”. Daihatsu Sirion 2015 tersedia dalam dua varian automatik dan manual, dengan pilihan empat warna luaran yang menarik iaitu biru, oren, perak dan putih.

Untuk mendapatkan gambaran lebih jelas mengenai apa yang ditawarkan oleh Daihatsu Sirion 2015, berikut ialah petikan daripada sebahagian siaran akhbar yang diterbitkan oleh PT Astra Daihatsu Motor (ADM);

1. Fitur Tampilan Luar

  • Bumper & front grille baru dengan tambahan LED position Lamp, menjadikan sirion lebih sporty dan modern.
  • Velg dan accent body kit pada sisi samping menjadikan Sirion lebih stylish.
  • Rear Spoiler dan Muffler Cutter semakin menegaskan Sirion berkesan sporty.
 2. Fitur Kenyamanan
  • New Design 2 Din Audio, audio fitur yang lengkap (Radio / CD /  MP3 / AUX / USB / Bluetooth) semakin menambah kenyamanan selama berkendara.
  • Audio Steering Switch, memberikan kemudahan dalam pengaturan volume, gelombang radio & track musik selama dalam perjalanan tanpa harus melepaskan tangan dari kemudi.
  • Retractable Outer Mirror, fitur untuk memudahkan pengendara melipat spion ketika melewati jalan yang sempit maupun pada saat parkir.
3. Fitur Keamanan
  • Dual SRS Airbag, memberikan keamanan yang lebih baik bagi pengemudi dan penumpang depan ketika terjadi benturan.
  • Pretensioner & Force Limiter Seat Belt, melindungi pengemudi & penumpang baris pertama saat terjadi tabrakan dengan meminimalisir gerakan ke depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here