Bentley Bentayga : paling pantas, paling berkuasa, paling mewah dan paling eksklusif di dunia

0
76

Bentley Bentayga (001)

Membuat kemunculan pertama di pertunjukan automotif antarabangsa Frankfurt Motor Show 2015 pada September lepas, Bentley Bentayga didakwa oleh pengeluarnya sebagai sebuah model SUV paling pantas, paling berkuasa, paling mewah dan paling eksklusif di dunia.

Bentley Bentayga dikuasakan oleh enjin turbocas W12 6.0 liter serba baharu yang menghasilkan 608 PS (600 bhp / 447kW) dengan tork maksimum 900 Nm (663 lb. ft), seterusnya digandingkan dengan kotak gear automatik ZF lapan kelajuan bersama-sama sistem pacuan semua roda kekal. Ini membolehkannya memecut dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh masa hanya 4.1 saat, dengan kelajuan maksimum 301 km/j.

Berikut ialah apa yang diperkatakan oleh Wolfgang Dürheimer, pengerusi dan ketua eksekutif Bentley Motors:

“The Bentayga is truly the Bentley of SUVs. It redefines luxury in the SUV sector and offers a genuine Bentley experience in any environment, thanks to a combination of unparalleled attention to detail, go-anywhere ability and cutting-edge technology. With this extraordinary car we are looking forward to an exciting period of strong growth and sales success for Bentley. The Bentayga is the next step in our brand’s bold future.”

Serahan pertama Bentley Bentayga kepada pelanggan akan bermula pada awal 2016.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here