JPJ lancar aset baharu pelbagai kenderaan bernilai lebih RM22 juta, termasuk motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Versys 650

0
349

Kenderaan baru JPJ 2015 (001)

Menurut laporan dari akhbar online Berita Harian bertarikh 14 November 2015 (Sabtu), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) hari ini secara rasminya melancarkan aset baharu yang terdiri daripada pelbagai jenis kenderaan dengan nilai lebih RM22 juta bagi memantapkan lagi operasinya di seluruh negara.

Barisan kenderaan baharu JPJ itu terdiri daripada 80 unit kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda CR-V, kenderaan pacuan empat roda Ford Ranger (71 unit), motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Versys 650 (20 unit) dan van Ford Transit sebanyak 14 unit. Buat julung-julung kalinya JPJ akan menggunakan motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Versys 650 bagi memperkasakan lagi perkhidmatannya di seluruh negara.

Antara sebab kenapa JPJ menggunakan motosikal berkuasa tinggi kali ini ialah bagi melicinkan lagi tugas anggotanya yang seringkali berhadapan dengan masalah kesesakan lalu lintas di bandar-bandar besar di negara ini. Buat permulaan, sebanyak 10 unit motosikal berkuasa tinggi berjenama Kawasaki itu akan diserahkan untuk kegunaan JPJ Selangor dan 10 lagi untuk JPJ Kuala Lumpur.

p/s : Tahniah diucapkan kepada JPJ kerana menerima aset baharu termasuk motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Versys 650 buat julung-julung kalinya. Semoga ianya akan melancarkan lagi tugas JPJ dalam menguatkuasakan undang-undang jalan raya demi keselamatan semua rakyat Malaysia.

Sumber : Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) FB & Berita Harian Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here