JPJ akan menggunakan Kawasaki Versys 650 terbaharu

0
288

Kawasaki Versys 650 JPJ

Pada pertengahan tahun 2015 yang lalu, Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. telah memperkenalkan Versys 650 terbaharu untuk pasaran tempatan. Memandangkan reka bentuknya yang cukup menarik dengan prestasi cemerlang, ramai yang berminat untuk memilikinya termasuklah JPJ.

Memang benar, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dikhabarkan bakal menggunakan Kawasaki Versys 650 terbaharu untuk kegunaan anggotanya sewaktu bertugas. Buktinya ialah melalui gambar di atas yang menunjukkan Versys 650 terbaharu dengan warna, grafik dan aksesori JPJ.

Menurut sumber, ketika ini Kawasaki Versys 650 terbaharu telah kehabisan stok di pasaran tempatan, dengan JPJ dikatakan telah menjadi penyebabnya. Jadi kepada anda, berhati-hatilah selepas ini sewaktu berada di jalan raya. Jangan sampai dikejar pula oleh Kawasaki Versys 650 terbaharu milik JPJ.

Sumber : KCM Superbike Malaysia FB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here