Penampakan model ujian Yamaha MT-15 di Indonesia

0
107

Yamaha MT-15 spyshot Indonesia (001)

Model terbaru yang akan dilancarkan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, Yamaha MT-15, kini sedang rancak menjalani sesi ujian di negara jiran Indonesia. Yamaha MT-15 sebelum ini dikesan sedang menjalani ujian jalan raya di Thailand, anda boleh merujuk artikel terdahulu di sini.

Berdasarkan beberapa keping gambar spyshot Yamaha MT-15 yang siarkan di sini, model naked terbaru itu dikatakan ditemui di kawasan Pantura Jatibarang, Jawa Barat baru-baru ini, memperlihatkan warna luarannya biru perak di samping rekaannya yang kelihatan cukup agresif dan bengis biarpun bersaiz kecil.

Rekaan bahagian belakang Yamaha MT-15 juga boleh dikatakan mempunyai gaya sporty yang tersendiri, namun mungkin ada pro dan kontranya berdasarkan minat dan pandangan mata masing-masing. Bagi saya sendiri, Yamaha MT-15 terbaru ini membuatkan saya tidak sabar-sabar menantikan tarikh pelancarannya.

Namun, saya tidak pasti setakat mana peminat Yamaha di Malaysia yang menyedari kehadiran MT-15 setakat ini, dan adakah ianya menepati selera mereka secara keseluruhannya. Paling penting, adakah Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) berani membawa masuk motosikal ini ke pasaran Malaysia?

Sumber : Macantua.com

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here