Volkswagen Golf GTI Clubsport : sempena ulangtahun ke-40 Golf GTI

0
92

Volkswagen Golf GTI Clubsport (001)

Bermula pada awal tahun depan, ikon model kompak sporty Volkswagen Golf GTI akan menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-40. Bagi menandakan tarikh penuh bersejarah itu, sebuah model edisi istimewa akan diperkenalkan – Volkswagen Golf GTI Clubsport.

Model berkenaan bagaimanapun telah dipertontonkan lebih awal kepada umum di Frankfurt Auto Show 2015 dalam bulan September yang lepas, memperlihatkan prestasinya sebagai sebuah model Golf GTI paling berkuasa pernah muncul di pasaran. Enjin ‘turbocharged direct-injection’ pada Golf GTI Clubsport menghasilkan kuasa setinggi 265PS, lebih 35PS berbanding model Golf GTI paling berkuasa sebelumnya.

Bukan itu saja, malah dalam tempoh pendek (approximately 10 seconds each time), pemandu boleh meningkatkan lagi kuasa enjin dengan tambahan 10 peratus kepada lebih 290PS menggunakan ‘boost function’. Menurut Volkswagen, kuasa tambahan itu boleh diaktifkan secara mudah dengan hanya menekan pedal pemecut (this added power is activated simply by kicking down the accelerator).

Volkswagen Golf GTI Clubsport memecut dari sifar ke 100 km/j dalam tempoh 6.0 saat dengan kotak gear manual enam kelajuan, manakala kotak gear ‘dual-clutch’ (DSG) enam kelajuan mampu melakukannya lebih pantas dalam tempoh hanya 5.9 saat. Kelajuan maksimumnya ialah 250 km/j (DSG: 249 km/h).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here