Yamaha SS Two Racing Spirit di pasaran Malaysia

1
5128

Yamaha 110SS Two

Seingat saya dahulu sekitar awal 1990-an, Yamaha 110SS sangat popular dan menjadi kegilaan ramai. Model tersebut memecah tradisi dengan enjin dua lejang 110cc yang berkuasa, klac tangan manual untuk pecutan yang lebih pantas dan reka bentuknya yang ketika itu kelihatan sangat moden dan sporty.

Pada tahun 1995 kalau tidak silap saya, Yamaha 110SS telah digantikan dengan generasi terbaharu Yamaha SS Two Racing Spirit yang dikatakan lebih laju dengan enjin yang ditala untuk lebih berkuasa. Bagaimanapun ketika itu, populariti Yamaha SS Two Racing Spirit agak tenggelam disebabkan Suzuki mendominasi pasaran dengan model Suzuki RG Sport dan juga Suzuki RGV.

Sama seperti model lain dengan enjin dua lejang, SS Two agak kurang menjimatkan kerana ianya perlu menggunakan minyak 2T. Kini walaupun Yamaha SS Two Racing Spirit semakin dilupakan, legasi motosikal kapcai dua lejang berkuasa itu diteruskan lagi melalui model Yamaha Y125Z.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here