Hyundai Santa Fe 2016 terbaharu diperkenalkan di Frankfurt 2015

0
115

New Hyundai Santa Fe (001)

Hyundai baru-baru ini telah memperkenalkan SUV Santa Fe 2016 terbaharu di Frankfurt International Motor Show 2015. Model yang menerima rekaan ‘facelift’ terbaharu itu turut menerima beberapa ciri keselamatan aktif terbaharu termasuklah sistem ‘Autonomous Emergency Braking’, ‘Blind Spot Detection’, ‘Smart Cruise Control’ dan ‘Around View Monitor’.

Sistem penjana kuasa pada SUV berkenaan merangkumi dua jenis enjin diesel (2.0 dan 2.2 liter CRDi) dan satu enjin petrol (2.4 liter GDI), ketiga-tiganya telah dipertingkatkan kemampuannya untuk memenuhi standard emisi Euro6 yang ketat. Kuasa yang dihasilkan bermula dari 150PS sehingga 200PS, dengan pilihan sama ada transmisi manual enam kelajuan atau transmisi automatik untuk pemanduan yang lancar.

Menurut Hyundai, jualan Santa Fe di pasaran UK sejak pengenalannya pada tahun 2001 telah melebihi 48,000 unit. Malah lebih dari itu, SUV Santa Fe yang berada di dalam segmen D itu juga dikatakan menjadi penyumbang utama daripada jumlah jualan sebanyak 1.2 juta yang direkodkan di pasaran Eropah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here