Demak Evo Z 125R serba baru dilancarkan di pasaran Malaysia

0
5663

2015 Demak Evo Z 125R (001)

Menurut sumber daripada laman Facebook hari ini, syarikat pengeluar motosikal tempatan Demak telah melancarkan moped Demak Evo Z 125R serba baru. Melihat kepada gambar-gambar model tersebut yang turut saya siarkan di sini, membuatkan saya sangat kagum dengan penampilannya yang begitu sporty.

Sebelum ini Demak menawarkan model Demak Evo Z yang mempunyai rekaan mirip Yamaha 135LC generasi pertama, dan kini Demak Evo Z 125R pula kelihatannya mengambil ilham daripada model Yamaha Y15ZR. Rekaan grafik dan warnanya pula mengingatkan saya kepada model Yamaha Exciter 150 di pasaran Vietnam, dengan pilihan warna kuning, biru dan merah.

Demak Evo Z 125R dilengkapi enjin terbaru bersesaran 125cc, yang kemudiannya dipadankan gear manual lima kelajuan lengkap dengan klac manual untuk tunggangan yang lebih sporty dan agresif. Paling menarik, anda boleh saksikan lampu depannya yang unik dengan reka bentuk ekzos yang ‘trendy’. Sayangnya Demak Evo Z 125R tidak dilengkapi brek cakera di bahagian roda belakang.

Dengan pelancaran Demak Evo Z 125R serba baru di pasaran Malaysia ini, saya percaya para peminat motosikal moped kini mempunyai pilihan yang lebih luas untuk memiliki mana-mana model motosikal yang diinginkan. Yang pasti harga motosikal keluaran Demak adalah berpatutan dan mampu milik.

Sumber : KokCheng Motor Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here