Nissan memperkenalkan model konsep IDS dengan ciri pemanduan autonomous dan teknologi EV sifar pelepasan emisi

0
79

2015 Nissan IDS Concept (003)

Hari ini di Tokyo Motor Show 2015, Nissan memperkenalkan model konsep terbaru Nissan IDS yang menggambarkan visi untuk model kenderaan masa depan dengan ciri pemanduan autonomous dan teknologi EV yang menghasilkan pelepasan emisi pada paras sifar.

Dalam bulan Ogos 2013, Presiden dan CEO Nissan Carlos Ghosn pernah berkata bahawa menjelang tahun 2020, Nissan merancang untuk melengkapkan pelbagai kenderaannya dengan teknologi pemanduan autonomous yang inovatif. Setakat ini kemajuan perancangan tersebut dikatakan berada di landasan yang tepat untuk mencapai matlamat itu.

‘Nissan Intelligent Driving’ merupakan konsep kepada teknologi pemanduan autonomous Nissan dan menjadi petunjuk kepada apa yang Nissan percaya bagaimana kenderaan generasi seterusnya harus dibangunkan. Berikut ialah penjelasan Ghosn mengenai konsep tersebut;

“Nissan Intelligent Driving improves a driver’s ability to see, think and react. It compensates for human error, which causes more than 90 percent of all car accidents. As a result, time spent behind the wheel is safer, cleaner, more efficient and more fun,”.

Selain itu, Nissan IDS Concept juga memperlihatkan teknologi EV yang ditambah baik dengan ciri-ciri lebih moden, di samping teknologi lain seperti  ‘Piloted Park’ yang boleh beroperasi menggunakan telefon pintar atau tablet, dan teknologi pengecasan tanpa wayar yang memudahkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here