Mercedes-Benz “Concept IAA” (Intelligent Aerodynamic Automobile)

0
86

Mercedes-Benz Concept IAA (003)

Dalam pameran automotif antarabangsa Frankfurt Auto Show 2015 yang berlangsung dalam bulan September yang lepas, Mercedes-Benz memperkenalkan sebuah model konsep yang agak luar biasa penampilannya – Mercedes-Benz “Concept IAA” (Intelligent Aerodynamic Automobile).

Menurut Mercedes-Benz, model konsep IAA dibangunkan sebagai dua kereta di dalam satu (two cars in one), di mana ianya merupakan kereta dengan ciri aerodinamik yang mempunyai nilai Cd paling rendah di dunia iaitu hanya 0.19, dan pada masa yang sama juga merupakan sebuah kereta coupe empat pintu dengan reka bentuk yang sangat menarik (a four-door coupé embodying irresistible design).

Model yang masih di peringkat pembelajaran itu dikatakan akan bertukar secara automatik dari mod rekaan (design mode) kepada mod aerodinamik apabila kereta mencapai kelajuan 80 km/j, di mana beberapa langkah atau ciri-ciri aerodinamik akan mengubah bentuk kenderaan.

Untuk lebih memahami bagaimanakah karektor sebenar model konsep IAA yang serba canggih ini, anda boleh layari gambar-gambar menarik model berkenaan dalam galeri yang disediakan di bawah, dan buat perbandingan di antara gambar-gambar tersebut untuk melihat perbezaan ‘dua kereta di dalam satu’ itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here