Mazda memperkenalkan model konsep rotary terbaru di Tokyo 2015

0
88

2015 Mazda RX-VISION (012)

Selepas model sport Mazda RX-8 dihentikan pengeluarannya pada tahun 2012, benarkah legasi enjin rotary yang dipopularkan oleh Mazda telah tamat untuk selama-lamanya? Untuk soalan itu, jawapannya adalah tidak apabila Mazda memperkenalkan model konsep rotary terbaru di Tokyo Motor Show 2015 hari ini.

Model konsep yang dikenali dengan nama Mazda RX-VISION itu akan dikuasakan oleh enjin rotary generasi paling terkini SKYACTIV-R, yang memungkinkan teknologi pada enjin berkenaan akan menjadikannya lebih cekap dan ekonomi berbanding generasi enjin rotary sebelumnya. Enjin tersebut akan berada di posisi depan kenderaan dengan gandingan mantap sistem pacuan roda belakang.

Setakat ini model keluaran Mazda dengan enjin rotary yang paling berjaya ialah model RX-7 yang menjadi sangat terkenal di serata dunia, dan ini mengingatkan kita semua kepada siri animasi Initial D apabila model tersebut berentap dengan model Toyota AE86 dalam perlumbaan ‘drift’ yang mengasyikkan.

Berdasarkan rekod, RX-7 terjual lebih daripada 800,000 unit di antara tahun 1978 dan 2002. Menurut kenyataan dari Mazda, mereka kini memandang ke hadapan untuk mengambil sebarang cabaran bagi merealisasikan model rotary terkini demi hubungan yang lebih erat dengan pelanggan-pelanggannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here