Jaguar F-PACE serba baharu teroka pasaran SUV mewah

2
89

The all-new Jaguar F-PACE (001)

Pasaran SUV mewah di peringkat antarabangsa kebiasaannya didominasi oleh beberapa jenama seperti BMW, Mercedes-Benz, Audi, Volkswagen dan Porsche. Terbaru, Jaguar menjadi jenama automotif terkini yang muncul untuk meneroka pasaran dalam segmen tersebut yang sememangnya popular.

SUV pertama keluaran Jaguar itu diberi nama Jaguar F-PACE, yang mana ianya membuat kemunculan rasmi di Frankfurt Auto Show 2015 dalam bulan September yang lepas. Untuk pasaran UK, Jaguar F-PACE akan ditawarkan dalam beberapa varian seperti F-PACE Prestige, R-Sport, Portfolio, S, dan First Edition.

Sistem penjana kuasa F-PACE akan merangkumi enjin diesel 2.0 liter 180PS (manual RWD/ AWD and automatic AWD), enjin diesel 3.0 liter 300PS (automatic AWD) dan enjin petrol 3.0 liter 380PS (automatic AWD). Harga jualan untuk F-PACE di pasaran UK akan bermula dari £34,170.

Jaguar F-PACE serba baharu akan dikeluarkan dari kilang Solihull Jaguar Land Rover bersama-sama model saloon sport Jaguar XE. Melihat kepada pengalaman Land Rover dalam mengeluarkan SUV mewahnya yang mendapat pengiktirafan dunia, Jaguar sudah tentu mendapat manfaat sewaktu membangunkan F-PACE.

2 COMMENTS

  1. So what did Hillary do?Where did you find that 77% support higher taxes?What part of HB474 do you disagree with?Who are these 10 people who swear a ‘death oath’ to the PrteYdens?iou still can’t support a single arugment you make.

  2. Max (mit springen als Support) 13:14Lydia (L-Sit Pull Ups mit abgewinkelten Beinen) 13:02Daniel 15 Muscle Ups 5-5-5 Ring Pull Ups Ring Dips 22:00

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here