Honda Light Weight Super Sports Concept dipertontonkan di Tokyo 2015

0
118

2015 Honda Light Weight Super Sports Concept (001)

Tidak dapat dinafikan, model konsep Honda yang diperkenalkan sebelum ini yang dikenali dengan nama panggilan Light Weight Super Sports Concept, telah mendapat perhatian yang cukup besar daripada peminat Honda di seluruh dunia.

Ini kerana model konsep tersebut dikatakan telah memberi bayangan untuk model 250cc terbaru, yang secara tidak langsung akan menggantikan model CBR250R sedia ada. Dengan reka bentuk yang cukup menarik dan kelihatan agresif, ramai yang bersetuju itulah model yang dinanti-nantikan selama ini.

Honda Light Weight Super Sports Concept kini sedang dipamerkan di Tokyo Motor Show 2015, dan beberapa keping gambar terbarunya telah disiarkan untuk tatapan umum. Apa kata anda mengenai model motosikal konsep terbaru Honda ini, adakah penantian setahun atau beberapa tahun lagi akan berbaloi?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here