Yamaha YZF-R25 Movistar GP Edition kini di pasaran Malaysia

0
835

2015 Yamaha YZF-R25 GP Edition (004)

Sempena dengan berlangsungnya acara “Shell Malaysia Motorcycle Grand Prix 2015” yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang dari 23 sehingga 25 Oktober ini, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd di tapak pameran mereka telah mempamerkan model istimewa Yamaha YZF-R25 Movistar GP Edition.

Menurut laporan, ianya secara tidak langsung mengumumkan bahawa Yamaha YZF-R25 Movistar GP Edition kini secara rasminya telah ditawarkan di pasaran Malaysia. Sebelum ini edisi yang sama telah diperkenalkan untuk moped popular Yamaha Y15ZR, anda boleh menonton videonya seperti di bawah.

Kepada semua peminat motosikal di dalam segmen 250cc khususnya kepada peminat YZF-R25, mungkin kedatangan versi istimewa lagi sporty YZF-R25 Movistar GP Edition ini akan membakar lagi semangat untuk memilikinya. Dua warna menarik lain yang disediakan untuk pilihan sebelum ini ialah merah dan biru.

Sumber : Yamaha YZF-R25 Malaysia FB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here