Spesifikasi Demak DZR 120, kini di pasaran Malaysia

3
3240

Demak DZR 120 (001)

Jenama pengeluar motosikal tempatan Demak boleh dikatakan agak popular ketika ini, walaupun pada permulaan dahulu nama jenama ini kedengaran agak pelik. Untuk pasaran Malaysia, Demak memasarkan beberapa model antaranya seperti ECO 110, DJ 90, Skyline 200, DZM 200 dan D7 125cc.

Model paling terkini yang diperkenalkan oleh syarikat tersebut baru-baru ini ialah Demak DZR 120, yang mana anda boleh melihat gambar-gambar menariknya yang pernah saya rakamkan di dalam artikel berikut : Galeri : Demak DZR 120, model terbaru 2015. Malah bukan itu saja, saya juga siarkan rakaman video model tersebut dalam saluran Youtube yang bertajuk 2015 Demak DZR 120 di pasaran Malaysia.

Bagi melengkapkan maklumat untuk model Demak DZR 120 ini, kali ini saya siarkan pula maklumat berkenaan spesifikasi dan ciri-ciri yang ditawarkan olehnya. Untuk makluman, Demak DZR 120 dilengkapi enjin 120cc (4-Stroke, Single Cylinder, Air Cooled) yang dipadankan transmisi empat kelajuan.

Demak DZR 120 tersedia dalam pilihan lima warna yang menarik iaitu kuning, putih, oren, hitam dan merah. Untuk maklumat lebih lengkap berkenaan spesifikasi teknikal, anda boleh lihat sendiri spesifikasi model terbabit di bawah, serta melihat gambar-gambar berkaitan dalam galeri yang disediakan.

Engine

Engine Type120 cc, 4-Stroke, Single Cylinder, Air Cooled
Engine Displacement (cc)120
Compression Ratio9.4:1
Maximum Power (kw/rpm)6.0/8000
Maximum Torque (Nm/rpm)8.0/5000
Starter SystemElectric / Kick
Transmission4 Speeds

Tyre & Chassis

Suspension / Front Telescopic
Suspension / RearMonoshock
Brakes / FrontDisc
Brakes / RearDrum
Tires / Front90/80-17
Tires / Rear100/80-17
WheelsAlloy Wheel

Dimension & Weight

L x W x H (mm)1940 x 775 x 1090
Wheel Base (mm)1280
Ground Clearance (mm)180
Kerb Weight (kg)106
Fuel Tank Capacity (L)6.5
Engine Oil Capacity (L)0.9

3 COMMENTS

  1. Demak DZR 220 saya belum sampai sebulan. Masalahnya, ketika berjalan masa hujan pecutan tersentak sentak. Apa punca masalah tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here