Lamborghini Huracán LP 610-4 Spyder tampil dengan bumbung terbuka

0
344

Lamborghini Huracan LP 610-4 Spyder (001)

Sewaktu pameran automotif antarabangsa Frankfurt International Motor Show 2015 berlangsung baru-baru ini, pengeluar supercar terkenal dunia Automobili Lamborghini telah mempersembahkan model terbarunya dalam versi bumbung terbuka – Lamborghini Huracán LP 610-4 Spyder.

Model Spyder berkenaan  dikuasakan enjin V10 berkapasiti 5.2 liter yang menghamburkan prestasi sehingga 610hp @ 8,250rpm dengan tork maksimum 560Nm @ 6,500rpm. Bergandingan dengan sistem transmisi “Lamborghini Doppia Frizione” (LDF) tujuh kelajuan (dual-clutch gearbox), Huracán LP 610-4 Spyder mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam tempoh masa hanya 3.4 saat (kelajuan puncak 324 km/j).

Untuk melihat kehebatan Lamborghini Huracán LP 610-4 Spyder terbaru ini, saksikan gambar-gambar menariknya dalam galeri yang disediakan di bawah. Sila klik gambar untuk saiz yang lebih besar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here