Kia Optima 2016 serba baharu untuk pasaran USA

0
94

2016 Kia Optima (001)

Model semasa Kia Optima di pasaran Malaysia ketika ini merupakan sebuah kereta sedan yang mempunyai reka bentuk menawan, elegan dan sporty. Bagaimanapun untuk pasaran USA, Kia Optima 2016 serba baharu bakal dilancarkan selepas pengenalan rasmi di New York International Auto Show 2015.

Menurut Kia Motors America dalam suatu kenyataan, Kia Optima merupakan model terlaris syarikat tersebut dalam tempoh tiga tahun berturut-turut, dan versi terbaru ini dijangka akan meneruskan kejayaan itu. Kia Optima 2016 boleh didapati dalam pilihan tiga jenis enjin, termasuk enjin 1.6 liter turbocas empat silinder yang dipadankan sistem transmisi DCT (Dual Clutch Transmission) tujuh kelajuan.

Pasaran USA akan menyaksikan sedan segmen D itu ditawarkan dalam pilihan lima varian – LX, LX 1.6T, EX, SX dan SXL. Sama seperti model sebelumnya, Optima 2016 serba baharu akan dikeluarkan dari kilang Kia yang terletak di West Point, Georgia. Harga rasmi akan diumumkan apabila hampir waktu pelancaran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here