CMC TEKKEN 250 All Terrain Challenger dilancarkan di pasaran Malaysia

0
799

TEKKEN 250 ALL TERRAIN CHALLENGER (001)

Jika anda rajin melawat kedai-kedai menjual motosikal, anda pasti akan terjumpa dengan beberapa buah model yang mungkin sebelum ini anda tidak tahu kewujudannya. Kebanyakan model-model tersebut dibawa masuk dari negara China dan ditawarkan untuk pelbagai segmen tunggangan.

Paling terbaru yang dilancarkan hari ini ialah sebuah model yang diberi nama CMC TEKKEN 250 All Terrain Challenger, sebuah model yang dikhususkan untuk kegunaan lasak, juga merupakan motosikal buatan dari negara China. Ianya diedarkan oleh syarikat tempatan Chear Global Sdn Bhd.

Harga yang ditawarkan boleh dikatakan sangat berpatutan, tipikal untuk motosikal keluaran China iaitu bermula dari RM9,888.00 untuk varian Spoke Wheel dan RM10,800.00 untuk varian Cast Wheel. Harga tersebut adalah harga tanpa GST, juga tidak dapat dipastikan sama ada OTR atau pun tidak.

Jadi itulah dia, serangan demi serangan daripada motosikal buatan China terhadap pasaran motosikal di negara kita yang berkembang kian pesat. Sama ada mahu membelinya atau pun tidak, ianya lebih bergantung kepada bajet yang anda ada. Berkenaan kualiti, rasanya itu bukanlah penilaian utama.

Sumber : Sinar Turbo FB & Moto One Stop FB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here