Harga kenderaan Nissan mungkin akan dinaikkan pada tahun 2016

0
114

Nissan Malaysia

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) dalam suatu kenyataan bertarikh 15 Oktober 2015 yang lalu, mengumumkan bahawa harga bagi model Nissan di pasaran Malaysia mungkin akan dinaikkan jika nilai Ringgit terus menyusut berbanding nilai mata wang utama dunia.

Menurut ETCM lagi, kejatuhan nilai Ringgit telah memberi kesan kepada perniagaan mereka, dan di dalam persekitaran perniagaan yang semakin mencabar itu, ETCM telah melaksanakan pelbagai cara untuk mengurangkan kos dan mengoptimumkan kecekapan bagi mengurangkan kesan tersebut.

Walau bagaimanapun, sesetengah kos mungkin akan memberikan kesan terhadap pengguna, yang mana akhirnya, ETCM mungkin perlu mempertimbangkan keputusan untuk menaikkan harga model Nissan edarannya pada tahun 2016 akan datang.

Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng berkata, ETCM akan terus komited dalam menyediakan setiap pelanggannya kualiti, produk tambah nilai dan perkhidmatan pelanggan pada tahap tertinggi. ETCM akan mencari jalan terbaik untuk memastikan harga semasa kenderaan Nissan kekal tidak berubah tahun ini.

p/s : Ada orang kata nilai Ringgit jatuh baik untuk negara. Harga kereta akan dinaikkan, harga telefon bimbit pintar pun dah naik sekarang ni, tang mana baiknya pun tak tahulah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here