Ford Ranger 2015 versi ‘facelift’ terbaru dilancarkan

0
217

The new 2015 Ford Ranger

Ford Malaysia dan pengedar rasminya Sime Darby Auto Connexion (SDAC) pada 08hb. Oktober 2015 yang lalu, dengan rasminya melancarkan Ford Ranger 2015 versi ‘facelift’ terbaru untuk pasaran Malaysia.

Lima varian ditawarkan iaitu 2.2L XLT Manual 4X4 High Rider, 2.2L XLT Automatic 4X4 High Rider, 3.2L XLT Manual 4X4 High Rider, 3.2L XLT Automatic 4X4 High Rider dan 3.2L WildTrak Automatic 4X4 High Rider.

Ford Ranger 2015 terbaru dikuasakan dua kapasiti enjin diesel yang berbeza. Bagi enjin 2.2 liter, ianya menghasilkan kuasa 160PS @ 3,200rpm dan tork maksimum 385Nm @ 1,600 – 2,600rpm, manakala enjin 3.2 liter menghasilkan kuasa setinggi 200PS @ 3,000rpm dengan tork puncak 470Nm @ 1,750 – 2,500rpm.

Varian manual Ranger 2015 dilengkapi transmisi manual enam kelajuan, sementara varian automatik dibekalkan sistem transmisi automatik enam kelajuan dengan Sportmode.

Harga rasmi untuk Ford Ranger 2015 terbaru untuk pasaran di Semenanjung Malaysia ialah bermula dari RM91,588 OTR untuk Ranger XL, dari RM101,388 OTR untuk Ranger XLT, dan Ranger WildTrak 3.2L berharga sebanyak RM132,188.

Para pelanggan Ranger boleh memilih daripada enam pilihan warna yang tersedia, seperti ‘Pride Orange’, ‘Cool White’, ‘Metropolitan Grey’, ‘Aluminum Metallic’, ‘Black Mica’, dan ‘Aurora Blue’.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here