Sultan Johor pemilik trak Mack Super-Liner binaan khas yang eksklusif

0
106

Mack Super-Liner Sultan Johor (002)

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sememangnya sudah diketahui umum sebagai seorang pengumpul kenderaan eksotik yang terdiri daripada pelbagai jenis model kenderaan yang kebanyakannya adalah unik dan eksklusif. 

Terbaru, impian baginda untuk memiliki sebuah trak berjenama Mack Super-Liner yang diubahsuai sepenuhnya telah menjadi kenyataan. Majlis penyerahan trak tersebut berlangsung di Brisbane, Australia baru-baru ini. Menurut laporan, trak serba mewah tempahan khas itu mengambil masa setahun untuk disiapkan dengan kos yang dirahsiakan, namun dipercayai ianya melebihi harga rekod terdahulu $481,000.

Titah baginda sewaktu majlis penyerahan trak itu, ianya akan dibawa pulang ke Negeri Johor selepas ini untuk tatapan rakyat jelata, dengan beberapa aturcara telah diatur ke seluruh negeri. Jadi kepada semua rakyat Johor, nantikan kemunculan trak ini untuk anda melihat sendiri kehebatannya.

Sumber : ABC News

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here