Naza Kia Malaysia lancar Rio lima pintu versi kemaskini terbaharu

0
241

2015 The New Kia Rio 5-Door (001)

Naza Kia Malaysia selaku pengedar rasmi kenderaan berjenama Kia di pasaran Malaysia, pada bulan Mei 2015 yang lalu secara rasminya melancarkan model hatchback kompak Rio lima pintu yang menerima kemaskini terbaharu (new facelifted model) untuk pasaran tempatan.

Menurut Naza Kia Malaysia, Rio merupakan salah sebuah model terlaris keluaran Kia Motors dengan jualan global keseluruhan pada tahun 2014 sebanyak 491,613 unit. Kia Rio generasi terbaharu mula diperkenalkan di pasaran Malaysia pada tahun 2013, dengan catatan jualan sehingga Mei 2015 melebihi 3,200 unit.

Kia Rio versi kemaskini terbaharu didatangkan dalam hanya satu varian tunggal, pada harga jualan RM79,080.00 dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Harga tersebut adalah sama seperti harga yang ditawarkan untuk model sebelumnya, merupakan harga jualan di atas jalan (OTR price) termasuk GST dan insuran.

Di samping penampilan di bahagian luaran dan dalamannya yang kini lebih menarik dan sporty, Kia Rio versi ‘facelift’ terbaharu ini turut dilengkapi sistem penjana kuasa Gamma 1.4 MPI DOHC Dual CVVT dengan prestasi setinggi 109PS dan tork 137Nm. Enjin tersebut dipadankan dengan sistem transmisi automatik empat kelajuan dengan ciri ‘shift gate’ untuk penukaran gear bergaya manual.

Melengkapkan lagi Rio terbaharu ini ialah sistem keselamatan serba lengkap seperti ‘Vehicle Stability Management’ (VSM), ‘Electronic Stability Control’ (ESC), ‘Electronic Brake Distribution’ (EBD), ‘Anti-Lock Braking System’ (ABS), ‘Brake Assist System’ (BAS), ‘Rear Parking Sensors’, ‘Hill-Start Assist Control’ (HAC), ‘rear ISOFIX lock-in child seats’, dan juga enam beg udara (Dual Front, Side & Curtain Airbag).

Kia Rio lima pintu terbaharu boleh didapati dalam pilihan empat warna menawan seperti ‘Deep Blue’, ‘Signal Red’, ‘Clear White’ dan ‘Bright Silver’. Untuk melihat dengan lebih lanjut spesifikasi dan ciri-ciri yang ditawarkan, anda boleh melihatnya dalam gambar-gambar yang disiarkan dalam galeri di bawah.

Sila klik setiap gambar untuk melihat dalam saiz yang lebih besar dan jelas.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here