Motosikal konsep terbaru Honda akan diperkenalkan di Tokyo Motor Show 2015

0
129

2015 Honda Light Weight Super Sports Concept

Sempena pameran automotif Tokyo Motor Show 2015 kali ke-44 yang bakal berlangsung pada 30 Oktober sehingga 8 November 2015, Honda telah mengumumkan beberapa buah model konsep terbarunya yang akan dipertontonkan kepada para pengunjung nanti.

Setakat ini saya sangat tertarik dengan dua buah model motosikal konsep yang akan diperkenalkan oleh Honda itu, iaitu model yang diberi nama Honda Light Weight Super Sports Concept dan Honda NEOWING. Bukan saja kerana reka bentuk kedua-duanya yang menarik dan nampak ekstrem, malah model Light Weight Super Sports Concept mungkin memberikan bayangan kedatangan model 250cc terbaru.

2015 Honda Neowing Concept

Jika benar Light Weight Super Sports Concept adalah rekaan terbaru Honda bagi menggantikan model 250cc sedia ada, pasti ini adalah berita gembira untuk peminat Honda yang sebelum ini hanya mampu melihat kehebatan motosikal terbaru dalam kategori 250cc keluaran Kawasaki dan Yamaha.

Berkenaan model konsep NEOWING pula, ini bukanlah model tiga roda sebarangan kerana ianya dilengkapi sistem hibrid yang menggabungkan enjin empat silinder horizontal dengan motor eletrik untuk janaan tork yang tinggi. NEOWING akan menawarkan pengalaman tunggangan sporty dan stabil yang cemerlang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here