Harga petrol RON95, RON97 dan diesel untuk bulan Oktober 2015 naik 10 sen

0
149

harga-petrol-semasa

Menurut laporan daripada portal Malaysiakini.com sebentar tadi, harga petrol RON95, RON97 dan diesel bagi bulan Oktober 2015, telah dinaikkan sebanyak 10 sen berkuatkuasa selepas jam 12.00 tengah malam ini.

Pada bulan September 2015 yang lepas, harga petrol RON95, RON97 dan diesel bagi setiap liter masing-masing ialah sebanyak RM1.95, RM2.35 dan RM1.80. Ini menjadikan harga terbaru petrol RON95 ialah sebanyak RM2.05 seliter, petrol RON97 sebanyak RM2.45 seliter, manakala diesel sebanyak RM1.90 seliter.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here