Aston Martin DB9 GT Bond Edition, edisi terhad 150 unit

0
96

Aston Martin DB9 GT Bond Edition (001)

Filem terbaru James Bond datang lagi, kali ini berjudul “Spectre”. Filem penuh aksi itu akan mula ditayangkan kepada umum mulai 6 November akan datang, dibintangi oleh bintang handalan Daniel Craig yang mana ini merupakan filem James Bond keempat lakonannya.

Seperti biasa di dalam siri filem James Bond, pasti ada ‘sports car’ berprestasi tinggi yang membantunya melaksanakan tugasan sukar terutamanya ketika berhadapan dengan watak penjahat yang kejam. Di dalam filem Spectre ini, James Bond akan bergandingan dengan kereta sport berjenama Aston Martin yang merupakan jenama klasik kebanggaan British.

Bagi meraikan pencapaian hebat tersebut, Aston Martin dengan berbesar hati telah mengeluarkan sebuah model edisi istimewa iaitu DB9 GT Bond Edition. Model eksklusif edisi terhad itu hanya dikeluarkan dalam kuantiti 150 unit untuk pasaran di seluruh dunia. Model berkenaan dibangunkan berasaskan model berprestasi tinggi DB9 GT.

Aston Martin DB9 GT Bond Edition dikuasakan enjin V12 6.0 liter yang menghamburkan kuasa 547PS dengan tork maksimum 620Nm, seterusnya digandingkan dengan sistem transmisi canggih Touchtronic II enam kelajuan (rear mid-mounted Touchtronic II six-speed transmission with electronic shift-by-wire control system).

Ini membolehkan DB9 GT Bond Edition memecut dari 0 ke 62mph dalam tempoh masa hanya 4.5 saat, sebelum mencapai kelajuan puncak maksimum 183mph. Berminat untuk memilikinya? Aston Martin DB9 GT Bond Edition ditawarkan pada harga £165,000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here