Yamaha 100 Sports 2 kurang menyengat

0
3776

1990_100-SPORTS-2

Selepas kejayaan generasi pertama Yamaha 100 Sports di pasaran Malaysia, generasi kedua model itu telah diperkenalkan sekitar awal tahun 1990-an. Diberi nama Yamaha 100 Sports 2, bagaimanapun model berkenaan gagal meraih populariti seperti sebelumnya.

Pada pendapat saya, prestasi jualan Yamaha 100 Sports 2 agak kurang menyengat kerana di pasaran ketika itu sudah terdapat pelbagai jenis model motosikal lain yang lebih sporty dengan prestasi yang lebih baik. Tambahan pula era tersebut menyaksikan kebangkitan model-model seperti Honda EX5, Yamaha 110 SS dan Suzuki RG 110.

Ketika ini, Yamaha 100 Sports 2 boleh dikatakan tergolong dalam model motosikal terpakai yang sukar untuk ditemui. Peminat motosikal kapcai tegar atau pun golongan Mat Rempit pastinya tidak pernah terfikir untuk memiliki Yamaha 100 Sports 2 ketika ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here