Audi S8 plus dengan kuasa 605PS dan tork 750Nm

0
85

Audi S8 plus (001)

Audi S8 plus terbaru diperkenalkan dengan enjin V8 4.0 TFSI yang menghamburkan kuasa puncak 605PS dengan tork maksimum 700Nm, ketika beroperasi dalam keadaan normal. Fungsi ‘overboost’ akan melonjakkan kuasa tork tersebut lebih tinggi kepada 750Nm.

Menurut Audi, model saloon S8 plus mampu memecut dari 0 ke 62mph dalam tempoh masa hanya 3.8 saat, menjadikannya sebagai model dalam varian Audi S dengan pecutan paling pantas, dan merupakan model S8 terpantas pernah ditawarkan untuk pasaran.

Audi S8 plus bagaimanapun mempunyai kelajuan puncak yang dihadkan kepada 155mph (Electronically limited 155mph top speed can be derestricted to 189mph). Harga yang ditawarkan bermula dari £97,700 OTR, dengan tempahan dibuka dalam bulan Oktober 2015.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here