Adakah ini Proton Perdana 2016 serba baharu?

0
122

Proton Perdana 2016 (001)

Proton Perdana 2016 serba baharu dijangka akan dilancarkan pada tahun depan. Model itu dibangunkan berasaskan model Honda Accord generasi ke-8, yang sebelum ini memakai lencana Proton dan ditawarkan khusus untuk kegunaan kerajaan persekutuan dan negeri.

Walaupun tarikh sebenar pelancaran Proton Perdana 2016 serba baharu masih belum diketahui, kita semua kini sudah boleh melihat reka bentuknya yang sebenar, terima kasih kepada pendedahan yang dibuat melalui klip video filem terbaru yang berjudul Kapsul.

Oleh kerana filem Kapsul dibintangi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pelakon tambahan, maka model Proton Perdana 2016 serba baharu turut digunakan dalam penggambaran filem tersebut. Mungkin ianya sebagai promosi awal secara percuma.

Bagaimanapun, rekaan Proton Perdana 2016 serba baharu di dalam filem Kapsul itu mungkin masih belum di peringkat akhir. Mungkin ianya masih lagi di peringkat prototaip. Apa pun, apa pendapat anda mengenai reka bentuk Proton Perdana 2016 serba baharu ini?

p/s : Sila klik di sini untuk mengikuti perkembangan filem Kapsul : Kapsul The Movie FB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here