Mercedes-Benz perkenal varian terbaru C-Class Coupe

0
85

The new Mercedes-Benz C-Class Coupe (008)

Mercedes-Benz baru-baru ini telah menambah varian Coupe di dalam barisan model C-Class keluarannya iaitu Mercedes-Benz C-Class Coupe terbaru. Model tersebut tampil dengan reka bentuk yang cukup bergaya dan mewah, dengan padanan pelbagai teknologi terkini.

Mercedes-Benz C-Class Coupe terbaru akan dilengkapi enjin petrol dan enjin diesel empat silinder yang berkuasa dan efisien, demi memastikan pengalaman pemanduan berprestasi dan menyenangkan. Kesemua barisan enjinnya menepati piawaian emisi standard Euro 6, dengan penggunaan bahan api kurang sehingga 27 peratus berbanding pendahulunya.

Mercedes-Benz C-Klasse Coupé C 300, Selenit Grau, Leder Cranberry rot Mercedes-Benz C-Class Coupé C 300, selenit grey, leather cranberry red

Terdapat empat versi enjin petrol untuk C-Class Coupe, bermula dengan enjin 1.6 liter untuk model C 180 (156hp), enjin 2.0 liter untuk C 200 (184hp) dan C 250 (211hp), juga enjin bersesaran 2.0 liter untuk model C 300 dengan prestasi puncak tertinggi 245hp.

Dua model dengan enjin diesel empat silinder yang dipertingkatkan masing-masing akan menawarkan prestasi 170hp dan 204hp, dan menampilkan teknologi SCR (Selective Catalytic Reduction) yang lebih bersih dan mesra alam. Mercedes-Benz C-Class Coupe terbaru akan mula berada di pasaran mulai Disember 2015.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here