Isuzu D-Max Fury hanya untuk jualan di UK

0
93

Isuzu D-Max Fury (001)

Pada pertengahan Ogos 2015 yang lalu, Isuzu UK telah memperkenalkan D-Max Fury, trak pikap yang dikatakan eksklusif hanya untuk jualan di UK. D-Max Fury menjadikan jumlah keseluruhan varian D-Max di pasaran UK ketika ini meningkat kepada 10 varian.

Isuzu D-Max Fury menawarkan beberapa penambahbaikan gaya yang unik termasuklah peningkatan daripada segi teknologi. Sistem penjana kuasanya ialah enjin diesel twin-turbo 2.5 liter yang berkuasa namun efisien, menghasilkan 163PS dan tork maksimum 400Nm. Sistem transmisi Fury boleh didapati sama ada manual atau automatik.

Isuzu UK yakin dengan pengenalan Fury, jumlah jualan trak pikap D-Max akan terus menjadi pilihan pelanggan di sana. Tahun 2014 merupakan tahun terbaik buat Isuzu UK dengan jualan melebihi 5,500 unit, dan terus menunjukkan pertumbuhan positif untuk tahun 2015.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here