Motosikal retro Kawasaki Ninja 80-R jarang dijumpai

0
462

Kawasaki Ninja 80-R (001)

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, ramai peminat motosikal yang menjadikan motosikal keluaran lama, klasik atau pun retro sebagai suatu hobi yang menyeronokkan. Memang best kalau dapat menunggang sebuah motosikal retro yang jarang-jarang dijumpai.

Salah sebuah model yang saya kira pasti akan mendapat perhatian ramai apabila berada di jalan raya ialah Kawasaki Ninja 80-R. Sememangnya agak sukar untuk menemui model tersebut yang saya percaya jumlah jualannya di pasaran suatu ketika dahulu tidak banyak.

Model yang saya temui dan siarkan gambar-gambarnya di sini adalah model terpakai yang ditawarkan untuk jualan oleh sebuah kedai menjual motosikal di bandar Alor Setar. Apa pendapat anda mengenai Ninja 80-R ini? Adakah ini model yang anda cari-cari selama ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here