Proton Iriz EV dipamerkan di IGEM 2015

0
153

Proton Iriz EV (001)

Model konsep Proton Iriz EV (Electric Vehicle) yang merupakan varian dengan teknologi eletrik kini sedang dipamerkan di IGEM 2015 (2015 International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia), bertempat di KL Convention Centre.

Proton Iriz EV dikuasakan oleh motor eletrik yang menjana tenaga sehingga 155hp dengan tork maksimum 360Nm. Menurut Proton, Iriz EV kini mampu bergerak sejauh 300km sekali cas, pencapaian yang dikatakan lebih baik daripada kereta eletrik Nissan Leaf.

Proton Iriz EV mungkin akan ditawarkan di pasaran tempatan pada akhir 2016 atau awal 2017, pada harga di bawah RM100k. Bagaimanapun kita perlu menunggu untuk melihat sama ada Proton Iriz EV benar-benar menjadi kenyataan sebagai sebuah produksi massa.

Sumber gambar : Proton Cars FB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here