Sempena dengan kejatuhan harga minyak di pasaran antarabangsa ketika ini, harga petrol RON95, RON97 dan harga diesel di pasaran Malaysia telah menyaksikan penurunan harga yang akan berkuatkuasa mulai jam 12.01 tengah malam ini.
Mulai 01hb. September 2015 (Selasa), harga petrol RON95 dan RON97 diturunkan sebanyak 10 sen, menjadikan harga barunya kini masing-masing ialah RM1.95 seliter (RON95) dan RM2.35 seliter (RON97). Harga diesel pula turun 15 sen kepada RM1.80 seliter.
Semoga penurunan harga petrol dan diesel untuk bulan September 2015 ini akan berterusan kerana sedikit sebanyak ianya akan dapat membantu mengurangkan beban rakyat yang kian tertekan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.