Seramai 300 orang pekerja kilang Naza diberhentikan

0
101

Peugeot 2008 Crossover

Pada dua hari yang lepas, kilang automotif milik syarikat Naza iaitu Naza Automotive Manufacturing (NAM) yang terletak di kawasan perindustrian Gurun, Kedah, secara rasminya telah memberhentikan seramai 300 orang pekerjanya.

Menurut laporan, Naza terpaksa memberhentikan ramai pekerjanya di kilang automotif tersebut ekoran jualan kenderaan edarannya yang jatuh, antaranya disebabkan oleh kesan daripada cukai GST dan nilai mata wang ringgit yang lemah.

Kilang NAM ketika ini memasang kenderaan berjenama Kia dan Peugeot. Menurut kenyataan daripada pihak Naza, kebajikan setiap pekerjanya yang diberhentikan itu tetap diambil kira demi membantu mereka untuk membuat perancangan seterusnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here