Audi A8 Edition 21 diperkenalkan, terhad 121 unit

0
52

The Audi A8 Edition 21 (001)

Audi UK baru-baru ini memperkenalkan Audi A8 Edition 21 Limited Edition, bagi meraikan usia 21 tahun model itu yang buat pertama kalinya muncul di pasaran sejak lebih dua dekad yang lalu. Model tersebut dikeluarkan dalam edisi terhad hanya 121 unit sahaja.

Audi A8 Edition 21 akan ditawarkan dalam dua varian iaitu ‘standard’ dan ‘Long Wheelbase’, pada harga masing-masing £72,525 OTR dan £76,490 OTR. Menurut Audi UK, tempahan telah pun dibuka dengan penghantaran kepada pelanggan mulai November ini.

Audi A8 Edition 21 dikuasakan enjin 3.0 liter V6 TDI yang memenuhi piawaian EU6, menghasilkan 262PS dengan tork maksimum 580Nm. Sistem transmisinya ialah tiptronic 8-kelajuan yang disambungkan ke sistem pacuan semua roda sepenuh masa quattro.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here