Suzuki GSX-S1000 ABS 2015 dilancarkan di pasaran Malaysia

0
165

2015 Suzuki GSX-S1000 ABS (001)

Suzuki Assemblers Malaysia Sdn. Bhd. baru-baru ini secara rasminya melancarkan model terbaru jentera berprestasi tingginya Suzuki GSX-S1000 ABS 2015 untuk pasaran tempatan.

Majlis pelancaran berlangsung pada awal bulan Ogos 2015 yang lalu bertempat di Litar Antarabangsa Sepang sempena dengan penganjuran siri perlumbaan FIM Superbike World Championship yang berlangsung pada minggu tersebut.

2015 Suzuki GSX-S1000 specifications

Suzuki GSX-S1000 ABS 2015 dikuasakan enjin bersesesaran 1,000cc (4-stroke, 4-cylinder, liquid-cooled, DOHC) yang dipadankan transmisi enam kelajuan (6-speed constant mesh). Model tersebut tersedia dalam pilihan tiga warna yang menarik iaitu biru, merah dan kelabu.

Harga asas yang ditawarkan untuk Suzuki GSX-S1000 ABS 2015 untuk pasaran Malaysia ialah sebanyak RM68,400.00 (Basic Sales Price), tidak termasuk GST, kos insuran, cukai jalan, pendaftaran dan lain-lain.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here