Honda Sonic 150R 2015 dilancarkan di pasaran Indonesia

0
278

The New 2015 Honda Sonic 150R (Active White)

PT Astra Honda Motor baru-baru ini secara rasminya telah melancarkan model terbarunya Honda Sonic 150R 2015 untuk pasaran Indonesia. Model tersebut dilengkapi enjin 150cc dengan kuasa maksimum 16PS @ 9,000rpm dan tork maksimum 13.5Nm @ 6,500rpm.

Sewaktu pelancaran, empat warna menarik ditawarkan iaitu putih, merah, pink dan hitam. Harga yang ditetapkan ialah sebanyak Rp20.900.000. Untuk pasaran Indonesia, Honda Sonic 150R 2015 akan bersaing dengan model Suzuki Satria F150.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here