
Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM) hari ini secara rasminya melancarkan model motosikal terbarunya yang ditunggu-tunggu – Yamaha Y15ZR. Majlis pelancaran yang penuh meriah itu berlangsung di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Yamaha Y15ZR merupakan sebuah moped yang dikuasakan enjin 150cc yang berkuasa dan cekap penggunaan bahan api, sebagai pengganti model Yamaha 135LC. Namun tidak dapat dipastikan sama ada HLYM akan meneruskan jualan model Yamaha 135LC selepas ini.
Harga yang ditawarkan untuk Yamaha Y15ZR terbaru ini tidaklah begitu tinggi, dikatakan hanya RM8,000.00 sahaja (harga asas termasuk GST). Dengan reka bentuk yang begitu sporty dan menawan, Yamaha Y15ZR dijangka akan meneruskan kejayaan Yamaha 135LC.
Untuk anda, saksikan gambar-gambar menarik Yamaha Y15ZR sewaktu majlis pelancaran sebentar tadi dalam galeri di bawah. Semua gambar-gambar tersebut adalah ehsan daripada laman Facebook KokCheng Motor, terima kasih diucapkan.