Pelancaran Yamaha Y15ZR : 08hb. Ogos 2015, jam 3.00 petang

0
399

Yamaha Y15ZR teaser

Model moped terbaru keluaran Hong Leong Yamaha Motor Sdn. Bhd. (HLYM), Yamaha Y15ZR akan dilancarkan dengan rasminya untuk pasaran Malaysia pada tarikh 08hb. Ogos 2015 (Sabtu), jam 3.00 petang bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Merancakkan lagi penantian pelancaran motosikal dengan enjin 150cc yang ditunggu-tunggu itu ialah paparan sekeping gambar ‘teaser’ dengan beberapa patah perkataan yang unik dan sempoi – Dari Jauh Jelinganmu Menggoda….

Memang pun, saya dari hujung tahun lepas lagi telah tergoda dengan penampilan dan spesifikasinya, sejak ianya pertama kali dilancarkan di pasaran negara Vietnam dengan nama Yamaha Exciter 150 Fi. Anda pula bagaimana, takkan tak tergoda kut? 🙂

Sumber : Pitstop Motorsports FB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here