Yamaha Y15ZR sedang dipasang di kilang HLYM di Sungai Buloh

0
1253

Yamaha Y15ZR 2015

Menjelang pelancaran rasmi model terbaharu Yamaha Y15ZR pada 8hb. Ogos 2015, beberapa keping gambar model tersebut kini telah bocor di dalam laman Facebook.

Berdasarkan gambar-gambar tersebut, memang tepat sekali maklumat sebelum ini yang mengatakan bahawa model pengganti Yamaha 135LC itu akan diberikan nama baru iaitu Yamaha Y15ZR, berbanding nama yang disebut-sebut sebelum ini iaitu Yamaha 150LC.

Gambar-gambar yang saya siarkan di sini menunjukkan Yamaha Y15ZR berwarna merah sedang dipasang di dalam kilang Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) di Sungai Buloh.

Apa pendapat anda setelah melihat gambar-gambar ini? Menurut maklumat dari laman Mudah.my pula, harga Yamaha Y15ZR adalah dalam lingkungan RM7,900.00.

Sumber : Yamaha Y15ZR Malaysia FB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here