NAZA Premira Sdn. Bhd lancar Aprilia RSV4 RF Limited Edition & Aprilia Tuono V4 1100 Factory Edition

0
181

Aprilia RSV4 RF Limited Edition (001)

NAZA Premira Sdn. Bhd., pengedar tunggal untuk jenama motosikal Aprilia di Malaysia, baru-baru ini secara rasminya melancarkan dua model edisi terbarunya – Aprilia RSV4 RF Limited Edition & Aprilia Tuono V4 1100 Factory Edition.

Pelancaran kedua-dua model berprestasi tinggi itu disempurnakan di Litar Antarabangsa Sepang bersempena dengan penganjuran siri perlumbaan FIM Superbike World Championship yang berlangsung pada hujung minggu lepas.

Aprilia RSV4 RF Limited Edition 2016 dikuasakan enjin bersesaran 999.6cc dengan kuasa maksimum 201hp @ 13,000rpm dan tork maksimum 115Nm @ 10,500rpm.

Aprilia Tuono V4 1100 Factory Edition (004)

Manakala untuk model Aprilia Tuono V4 1100 Factory Edition 2016, ianya dilengkapi enjin 1077cc dengan kuasa maksimum 175hp @ 11,000rpm dan tork maksimum 121Nm @ 9,000rpm. Spesifikasi lebih lengkap untuk kedua-dua model boleh dilihat di sini.

Harga jualan asas yang ditawarkan untuk Aprilia RSV4 RF Limited Edition 2016 ialah sebanyak RM138,800.00 (inclusive of GST), sementara Aprilia Tuono V4 1100 Factory Edition 2016 boleh dimiliki pada harga jualan asas RM118,800.00 (inclusive of GST).

Untuk anda, saksikan gambar-gambar menarik sewaktu pelancaran kedua-dua model motosikal berkenaan dalam galeri di bawah termasuk paparan gambar-gambar versi studio. Sila klik gambar-gambar tersebut untuk melihat dalam saiz yang lebih besar dan jelas.

1) Galeri : Majlis pelancaran Aprilia RSV4 RF Limited Edition & Aprilia Tuono V4 1100 Factory Edition di Litar Antarabangsa Sepang

2) Galeri Aprilia RSV4 RF Limited Edition 2016

3) Galeri Aprilia Tuono V4 1100 Factory Edition 2016

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here