Mitsubishi Triton serba baharu di pasaran Malaysia

0
183

The-all-new-Mitsubishi-Triton-001

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) pada 26 Mei 2015 yang lalu secara rasminya melancarkan trak pikap Triton serba baharu untuk pasaran tempatan. Ianya merupakan generasi Triton yang kelima dikeluarkan oleh Mitsubishi dalam tempoh 37 tahun.

Menurut MMM, Triton serba baharu dibangunkan untuk menjadi “The Ultimate Sport Utility Truck”, yang mana ianya menggabungkan ruang dalaman yang selesa untuk penumpang dengan kefungsian dan kebolehpercayaan (functionality and reliability) sebuah pikap.

Sama seperti generasi terdahulu, Triton serba baharu dilengkapi dengan ciri-ciri yang pertama di dalam kelasnya seperti ‘Push Start Button’, ‘Keyless Operation’, ‘Xenon HID Headlamps with integrated Daytime Running Lights’, ‘Tilt and Telescopic Steering’ dan ‘Paddle Shifters’ untuk kawalan manual bagi transmisi automatik.

Ciri-ciri terbaik di dalam kelasnya juga termasuk prestasi enjin yang paling berkuasa di dalam kelasnya dengan keluaran kuasa kuda maksimum sehingga 178ps, tork maksimum 400Nm dan radius pusingan 5.9 meter.

The-all-new-Mitsubishi-Triton-006

Selain itu, ciri-ciri terbaru di dalam Triton serba baharu termasuklah ‘4WD selector’, ‘Touch Screen Audio System with Reverse Camera’, ‘Auto Headlamps and Wipers’, dan ‘Dual Zone Climate Control’ (ciri-ciri bagi setiap varian mungkin berbeza). Ianya juga didatangkan dengan kadar seretan serendah (low coefficient drag) 0.42.

Mitsubishi Triton serba baharu dilengkapi enjin 2.5 liter 4-silinder dengan teknologi ‘intercooled Variable Geometry Turbo’ (VGT), yang mana ianya menawarkan prestasi yang tinggi dengan tahap ekonomi tertinggi (High Performance with High Fuel Economy).

Untuk pasaran Malaysia, Mitsubishi Triton serba baharu ditawarkan dalam lima varian iaitu bermula dengan varian teratas Triton VGT Adventure Automatic, diikuti varian Triton VGT Automatic, Triton VGT Manual, Triton Manual, dan akhir sekali varian Triton Quest Manual 4×2. Harga yang ditetapkan bermula dari RM67,603.64 sehingga RM108,273.68 (On-The-Road Price without insurance GST inclusive).

Menurut MMM lagi, Triton merupakan model terlaris mereka. Sejak pelancarannya pada tahun 2006, lebih 56,000 unit telah terjual di seluruh negara. Sejak pengeluarannya pada tahun 1978, lebih daripada 4 juta unit telah terjual di seluruh dunia. Sasaran jualan MMM untuk Triton serba baharu kali ini ialah sebanyak 900 unit sebulan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here