Ferrari memperkenalkan model terbaru 488 Spider

0
235

The-Ferrari-488-Spider-001

Ferrari telah mengumumkan pengenalan model terbarunya iaitu 488 Spider. Model tersebut akan melakukan kemunculan rasmi pertama (world premiere) di Frankfurt International Motor Show 2015 yang akan berlangsung dalam bulan September depan.

Ferrari 488 Spider dikuasakan enjin 3,902cc V8 dengan pengecas turbo yang pada beberapa bulan lepas telah melakukan debut untuk model 488 GTB. Kuasa maksimumnya ialah sebanyak 670 CV digandingkan dengan tork maksimum setinggi 760Nm @ 3,000rpm.

Ini membolehkan 488 Spider memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 3.0 saat dan dari 0 ke 200 km/j dalam masa 8.7 saat. Saksikan gambar-gambar menarik Ferrari 488 Spider dalam warna ‘Blu Corsa’ melalui galeri di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here