Jentera perlumbaan Proton Iriz R3 dalam pembikinan

0
171

Proton-Iriz-R3-touring-car

Proton Iriz boleh dikatakan sebagai sebuah kereta kompak yang sporty dengan kemampuan untuk beraksi di litar. Bagi membuktikannya, Proton R3 kini sedang membangunkan jentera Proton Iriz R3 untuk bersaing dalam siri perlumbaan baharu Malaysia Championship Series.

Jentera perlumbaan ‘touring car’ Proton Iriz R3 yang kini sedang giat dibangunkan itu dikatakan bakal menghasilkan prestasi sehingga 190hp, berpunca daripada enjin Campro IAFM 1.6 liter beraspirasi normal yang digandingkan dengan transmisi manual 5-kelajuan (sumber Paultan.org).

Dengan penyertaan di dalam siri perlumbaan yang mencabar itu, mungkin sudah tiba masanya Proton mengeluarkan versi terbaru Iriz dengan enjin turbo berlambangkan jenama R3, bagi menarik minat lebih ramai pembeli. Apa pun, kita nantikan kemunculan sebenar Proton Iriz R3.

Sumber gambar dari Proton Motorsports Facebook.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here