Penampilan baru lebih mewah untuk Lexus ES 300h 2016

0
65

2016 Lexus ES 300h (001)

Lexus memperkenalkan versi tahun 2016 untuk model Lexus ES 300h yang kini hadir dengan penampilan baharu lebih mewah dan elegan dengan ciri-ciri keselamatan serba canggih. Lexus ES 300h 2016 merupakan sebuah model hibrid, salah satu daripada enam model hibrid keluaran Lexus dengan yang terbaharu adalah model NX 200h hybrid crossover.

Sistem hibrid yang menggerakkan ES 300h 2016 terdiri daripada gabungan enjin kitaran Atkinson 2.5 liter empat silinder dengan motor eletrik yang menjana 200 kuasa kuda keseluruhan. Ianya boleh dipandu sama ada menggunakan motor eletrik atau enjin petrol secara bersendirian, atau kombinasi antara kedua-duanya bergantung kepada situasi pemanduan.

Sistem transmisi dari jenis ‘electronic continuously variable transmission’ menyumbang kepada pemanduan yang lebih lancar dan selesa. Walaupun begitu semangat pemanduan yang jitu tetap tidak dilupakan dengan adanya pilihan empat mod iaitu Normal, Sport, Eco and EV.

Ciri-ciri keselamatan yang melengkapi Lexus ES 300h 2016 bermula dengan 10 beg udara yang didatangkan standard, dengan pilihan ‘Lexus Safety System+ Package’ yang menggabungkan teknologi-teknologi keselamatan termaju seperti ‘Pre-Collision System’ (PCS), ‘Lane Departure Alert (LDA) with Steering Assist’, ‘Intelligent High Beam (IHB)’ dan ‘High-Speed Dynamic Radar Cruise Control’.

Untuk anda, saksikan gambar-gambar menarik Lexus ES 300h 2016 dalam galeri yang disediakan di bawah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here