Lexus ES 350 2016 meneruskan legasi kemewahan

0
55

2016 Lexus ES 350 (001)

Untuk mengekalkannya sebagai peneraju dalam segmen kenderaan berkelas mewah, Lexus telah memperkenalkan versi naik taraf terbaharu untuk ES 350 bagi tahun 2016.

Peningkatan yang dilakukan terhadap Lexus ES 350 2016 melibatkan perubahan rekaan yang lebih menarik di bahagian depan, belakang dan roda, di samping pengenalan teknologi keselamatan terbaharu termasuk teknologi sambungan dan multimedia.

Model berkenaan merupakan sebahagian daripada strategi syarikat dalam segmen ‘entry-luxury’, menggabungkan keselesaan model ‘flagship’ (termasuk 40 inci ruangan kaki di bahagian tempat duduk belakang) dengan tarikan pacuan roda depan.

Lexus ES 350 2016 menawarkan prestasi yang kuat dan cekap daripada enjin V6 3.5 liter 268hp standard, yang dipadankan sistem transmisi automatik enam kelajuan ultra-lancar.

Sistem keselamatannya merangkumi 10 beg udara standard, di samping tersedia ‘Lexus Safety System+ Package’ yang menggabungkan sistem keselamatan seperti ‘Pre-Collision System’ (PCS), ‘Lane Departure Alert (LDA) with Steering Assist’, ‘Intelligent High Beam’ (IHB) dan ‘High-Speed Dynamic Radar Cruise Control’.

Juga terdapat pilihan sistem bantuan pemandu iaitu ‘Blind Spot Monitor’ (BSM) dengan ‘Rear Cross Traffic Alert’ (RCTA) yang membantu pemandu untuk lebih berwaspada.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here