Kawasaki Versys 650 terbaharu kini di pasaran

0
534

Kawasaki Versys 650 2015 (001)

Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. telah memperkenalkan model Versys 650 terbaharu untuk pasaran tempatan. Model keluaran tahun 2015 itu mempunyai rekaan dan gaya yang lebih sporty, sesuai dengan karakter lasaknya yang mampu meredah pelbagai jenis laluan.

Kawasaki Versys 650 2015 terbaharu dilengkapi enjin 650cc yang digandingkan bersama-sama sistem transmisi enam kelajuan, dengan ciri-ciri enjinnya seperti ‘Liquid-cooled’, ‘4-stroke Parallel Twin’, ‘DOHC Valve’, ‘Digital Fuel Injection’, serta mempunyai berat 214 kilogram.

Kawasaki Versys 650 2015 specification

Harga yang ditawarkan untuk Kawasaki Versys 650 2015 terbaharu ini untuk pasaran Malaysia ialah sebanyak RM38,369.00, yang mana harga tersebut termasuk cukai GST tanpa kos insuran. Model tersebut didatangkan dengan jaminan selama 2 tahun atau perbatuan 20,000 km.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here